Covid-19: Peningkatan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak membimbangkan

0
226

STATISTIK menunjukkan trend peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.

Justeru kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan supaya 60 peratus daripada kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang bulan November 2021 manakala 80 peratus daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Dalam pada itu,vibu bapa dan penjaga dinasihatkan mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah memberi kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.

“Institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.

Terdahulu, program ‘Kick-Off’ PICK Remaja dimulakan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here