AWAL pagi tadi, penduduk di Kemensah Height, Ampang Selangor cemas apabila berlaku kejadian runtuhan tanah membabitkan tiga rumah banglo dan 16 rumah bandar (townhouse).
Kejadian berpunca daripada pergerakan bawah tanah itu membabitkan 32 keluarga, namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Namun wujud kebimbangan peristiwa hitam bangunan runtuh di Bukit Antarabangsa akan berulang.
Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninjau kawasan kejadian segera bertindak dengan memohon peruntukkan segera RM1 juta bagi projek pembinaan cerucuk besi. Ia bertujuan menahan sebarang pergerakan di kawasan cerun.
Sementara itu, di Terengganu, impian sekumpulan hampir 200 remaja untuk menikmati percutian di Tasik Kenyir terbantut apabila kumpulan konvoi bermotosikal itu ditahan polis.
Kumpulan yang ghairah berkonvoi itu dikepung ketika sedang berkumpul polis. Siatan awal mendapati, kumpulan remaja itu datang dari daerah Dungun, Marang, Kuala Terengganu sebelum bergerak ke kawasan peranginan di Hulu Terengganu.
Dalam kejadian berasingan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan sembilan lelaki yang terperangkap di kawasan batu di Sungai Kedondong, Kuala Kubu Bharu, Selangor ekoran kejadian kepala air.
Mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun terperangkap di sungai berkenaan akibat arus deras. Dua daripada mereka berjaya melintasi sungai, namun tujuh lagi terkandas akibat paras air meningkat secara tiba-tiba.-SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.