LAPORAN penuh kejadian runtuhan tanah yang menjejaskan bahagian belakang deretan kediaman di Kemensah Heights, Ampang, Selangor malam tadi, akan dikeluarkan dalam tempoh tiga hari lagi.
Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata laporan berkenaan akan disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
“Laporan penuh Jabatan Mineral dan Geosains akan dikeluarkan dalam tempoh tiga hari,” katanya ketika melawat lokasi kejadian, hari ini.
Beliau juga menjelaskan, tiada pergerakan tanah di bahagian belakang tiga banglo yang terjejas, sebaliknya hanya limpahan air sungai.
Terdahulu, media melaporkan sebanyak 19 rumah dua tingkat menempatkan 28 keluarga, terjejas akibat bencana antara jam 9.30 hingga 9.30 malam tadi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.