Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahmad Maslan 'kunci mulut' -

Ahmad Maslan ‘kunci mulut’

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang disebut-disebut bakal dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat terus ‘kunci mulut’ apabila diajukan soalan tentang pelantikan itu.

Ketika diajukan persoalan tersebut oleh Malaysiakini, Ahli Parlimen Pontian itu hanya menjawab, “Sila tanya PPBM (Bersatu), terima kasih.”

Sebelum ini Ahmad disebut-sebut merupakan calon tunggal kerajaan bagi menjawat jawatan itu selepas penyandangnya, Datuk Seri Azalina Othman Said meletakkan jawatan bulan lalu.

Selain Ahmad, di blok pembangkang dikatakan mencalonkan Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming.

Bagaimanapun pemilihan yang dijadualkan dilakukan pada hari kedua persidangan ditangguhkan Ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dijadual pada bulan hadapan.

Mengikut ketetapan awal, usul mengenai perkara itu pada asalnya disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat kali ini iaitu pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14.

Meskipun secara rasmi penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan pindaan kepada Perlembagaan yang bakal menyaksikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditambah kepada tiga orang, namun cakap-cakap politik banyak mengaitkan penangguhan tersebut kerana berlaku penentangan dalam blok kerajaan.

Difahamkan antara punca penentangan itu kerana Ahmad diketahui merupakan antara 15 pemimpin UMNO yang menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu meletak jawatan.

Ahmad juga terpalit dengan kes mahkamah dan antara syarat yang ditetapkan Muhyiddin bagi meredakan kemelut politik ialah untuk tidak bekerjasama dengan kumpulan ‘kluster mahkamah’ dari UMNO. – SB