SEJUMLAH 15,549 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan lapan negeri mencatatkan pertambahan empat angka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 2,082,876 kes.
Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 2,929 kes, diikuti Johor (2,208) dan Selangor (1,995).
Turut melaporkan pertambahan kes, Sabah dengan 1,395 kes, Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120) dan Kedah (1,073).
- Selain itu, Terengganu dengan 755 kes, Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31) dan Labuan (11). – SB