WARGA Angkatan Tenteran Malaysia (ATM) berperanan besat dalam membantu pengurusan pandemik COVID-19 negara sebagai barisan hadapan keselamatan adalah amat besar sekali.
Penglibatan mereka baik dalam operasi sekatan jalan raya ke memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP); membantu proses pengurusan logistik vaksinasi dan mengatur pembinaan hospital medan untuk merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19, warga ATM sentiasa terus menyumbang kepada usaha memerangi COVID-19 di seluruh pelusuk negara.
Justeru Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat berharap agar keutuhan ATM sebagai institusi yang merupakan salah satu tiang seri utama negara dapat terus diperkukuh dan diperkasa terutamanya dalam kita sama-sama menempuh proses pemulihan negara yang amat mencabar.
“Saya juga yakin dan percaya bahawa sebagai instituisi pertahanan yang disegani di rantau Asia Tenggara, ATM akan terus meningkatkan kesiapsiagaan untuk terus mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air kita yang tercinta dalam apa jua keadaan.
“Semoga Allah swt sentiasa melindungi warga ATM dalam melaksanakan tugas dan amanah melindungi ibu pertiwi,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sempena Hari ATM ke-88, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu turut menyatakan penghargaan terhadap semua pegawai dan anggota tentera sebagai wira dan wirawati bangsa dalam memelihara keselamatan negara amat dihargai. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.