[VIDEO] Sanggup panjat belakang adik untuk minum air paip

0
306

GELAGAT dua beradik yang terpaksa memanjat belakang sesama sendiri untuk membuka paip air dan meminumnya membuatkan orang ramai tersentuh hati.

Kisah sedih dan meruntun jiwa mengenai dua beradik yang hanya minum air paip itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hafiz Fizzainal.

Menurut Hafiz atau dikenali sebagai “Chef Single”, pada mulanya dia ternampak kelibat dua beradik ini yang sedang minum air paip, namun apabila diamati, didapati seorang daripada dua beradik ini terpaksa dijadikan tangga untuk mencapai paip air yang kedudukannya agak tinggi.

“Hari ini saya ternampak dua beradik tengah minum air paip, abang panjat belakang adik buka paip air sambil minum air paip.

“Hati chef rasa nak menangis tengok adik-adik itu,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Prihatin akan situasi tersebut yang terjadi berhadapan tempat niaganya, Hafiz menghulurkan makanan dan minuman kepada dua beradik ini bagi mengalas perut mereka.

“Kejadian berlaku betul-betul berhadapan tempat niaga saya,

“Saya panggil dua beradik tanya nak makan burger tak, dengan senyum manis bagitahu nak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar dua beradik ini terus dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah…semoga rezeki abang ni seperti air sungai yang mengalir,” kata Nik Mushazaliza.

“Allahuakhbar… Semoga Allah lipat kali gandakan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan buat encik sekeluarga serta adik-adik tu. Amin Ya Robbal Alamin,” kata Ain Nadiah Yusop.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syeda Syeda berpendapat bahawa dua beradik tersebut mempunyai ibu-bapa kerana pakaian mereka yang elok tetapi cuma ibu-bapanya mungkin sibuk berkerja.

“Tengok pada pakaian budak-budak tu, mak bapak dia ada, mungkin sibuk berkerja,

“Saya tengok gmbar ni teringat saya dulu-dulu mcm ni juga.  Mak ayah sibuk keje, Kita cari kerja juga.” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here