Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan lelaki mengamuk guna dua sabit -

Polis tahan lelaki mengamuk guna dua sabit

POLIS menahan seorang lelaki yang melarikan diri ke dalam kawasan hutan simpan rekreasi selepas mengamuk dan mengganggu pengguna lalu lintas dengan mengacukan dua bilah sabit di Jalan Bukit Gambir, Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 11 malam semalam, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas Balai Polis Sungai Nibong menerima laporan seorang lelaki yang dikatakan ‘buat kacau’ dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis dan bomba menjalankan operasi mengesan lelaki itu, namun ia terpaksa dihentikan kira-kira jam 2 pagi tadi kerana keadaan gelap dan berisiko kepada pasukan keselamatan.

Polis bersama pasukan bomba menyambung operasi pencarian lelaki itu pada pukul 10 pagi semalam, dengan masuk ke dalam hutan simpan rekreasi USM itu menggunakan pacuan empat roda.

“”Kira-kira 10 minit kemudian, mereka berjaya mengesan suspek di kawasan kabin tanaman milik USM.

“Suspekenggan menyerah diri, bertindak agresif dan melarikan diri ke arah jalan utama iaitu Jalan Bukit Gambir serta bertindak menakutkan pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan perumahan di situ,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Katanya setelah usaha berterusan, polis dengan bantuan pasukan bomba akhirnya berjaya menahan lelaki itu pada 11.40 pagi di kawasan Jalan Bukit Gambir dan pihaknya turut merampas dua bilah sabit yang digunakan suspek.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah serta dadah, dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin,” katanya.

Lelaki itu akan dirujuk ke hospital bagi menjalani rawatan dan penilaian tahap kesihatan mentalnya dan setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif kenapa suspek bertindak demikian.

Menurut Soffian, lelaki itu akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat menurut Seksyen 6(1) Akta Senjata Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu tular di media sosial video seorang lelaki bersenjatakan dua sabit mengamuk sehingga cuba mencederakan pengguna jalan raya dan menimbulkan kerisauan orang ramai kerana dia melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. – SB