Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Sabah: 32 kekal di pusat pemindahan -

Banjir di Sabah: 32 kekal di pusat pemindahan

JUMLAH mangsa banjir di Sabah kekal 32 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah hari ini memaklumkan, hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Rumah Kelab Kompleks Sukan di Penampang yang menempatkan kesemua mangsa banjir tersebut.

“Semua agensi sedang memantau situasi banjir dan mangsa banjir hanya dibenar pulang setelah keadaan benar-benar selamat,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat yang menjejaskan beberapa kampung selain berlaku insiden tanah runtuh. – BERNAMA