Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] RANGKUMAN BERITA RABU, 16 SEPTEMBER 2021 -

[VIDEO] RANGKUMAN BERITA RABU, 16 SEPTEMBER 2021

RANGKUMAN berita di www.satuberita.my hari ini dimulakan dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Malaysia.

Menurut Bekas Perdana Menteri itu, pengorbanan dan semangat juang yang tinggi kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19 sepanjang tempoh dua tahun ini semakin menunjukkan hasilnya.

Menurut beliau, tanda-tanda pemulihan negara yang dahulunya hanya samar-samar kini menjadi semakin jelas sepertimana yang telah ditunjukkan oleh perkembangan positif dalam usaha mencapai imuniti kelompok melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan pada awal tahun ini.

Beralih ke berita jenayah, sepasang suami isteri telah ditahan polis selepas dipercayai menanam pokok ganja dan menjalankan aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Ayer Hitam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun pada 1.30 pagi di perkarangan kondominium itu dan merampas dua peket plastik disyaki berisi syabu seberat 12.61 gram dan sepeket plastik disyaki berisi ganja seberat 4.2 gram yang kesemuanya bernilai RM1,461.  

Polis kemudian menyerbu unit kondominium didiami lelaki itu lalu menahan isterinya yang berusia 36 tahun dan merampas 13 peket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki ganja seberat 163 gram bernilai RM8,150 serta peralatan menghisap dadah di ruang tamu rumah itu.

Beralih ke berita tular di media sosial, hari ini satuberita membawakan anda perkongsian panduan oleh Doktor Veterinar, Dr. Salehatul Khuzaimah apabila anda berhadapan dengan kawanan anjing liar.

Ikuti berita penuh dipautan-pautan berikut –

1. Tanda-tanda pemulihan negara kini semakin jelas – Muhyiddin ( http://bit.ly/kitabolehmenang )

2. Suami, isteri ditahan dipercayai tanam pokok ganja ( http://bit.ly/pasanganpokokganja )

3. Anjing liar? Jangan bimbang, ikuti panduan ini ( http://bit.ly/tipssatuberita )