JAS selesai lakukan operasi pembersihan di lokasi pencemaran

0
223

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

OPERASI pembersihan di kawasan pencemaran bahan kimia di tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas, Johor Bahru sudah selesai.

Penolong Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar, JAS Johor, Muhammad Faiz Mohd. Shafie berkata, kerja-kerja pembersihan itu dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi ini.

Menurut beliau, selain 12 pegawai dan anggota JAS, operasi pembersihan itu turut dibantu seramai 26 sukarelawan dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor Zon Selatan.

Kerja-kerja pembersihan tali air daripada sisa kimia diselesaikan pihak JAS pada pagi ini

“Tumpuan kerja-kerja pembersihan hari ini adalah melihat saki baki pencemaran yg masih melekat di tebing-tebing alur anak sungai berdekatan dengan rumah penduduk yang terlibat.

“Kaedah digunakan adalah dengan menggunakan ‘oil boom’ dan ‘absortion pad’ serta kaedah manual seperti cangkul dan ‘scoop’ bagi membuang sisa pencemaran yg melekat di tebing, rumput dan kayu yg berada di anak sungai,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, JAS juga selesai melakukan kerja-kerja pembersihan awalan manakala pemantauan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Semalam, insiden pencemaran di kampung itu mengakibatkan 102 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara manakala empat lagi dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan akibat sesak nafas.

(JBPM) Johor kemudian mengesan Methyl Alcohol dan Metanol dalam buangan sisa industri yang mengalir di tali air berhampiran kampung itu.

Susulan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada Rabu memberitahu, pihaknya telah menahan empat suspek termasuk seorang pemilik premis yang disyaki terlibat melakukan pembuangan sisa industri berjadual itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here