Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hasrat ke Genting, kompaun yang dapat -

Hasrat ke Genting, kompaun yang dapat

HASRAT 12 individu termasuk dua wanita untuk ke Genting Highlands bukan sahaja tidak kesampaian namun mereka juga terpaksa membayar kompaun RM5,000 setiap seorang kerana merentas negeri tanpa kebenaran polis. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, mereka yang berusia 20 hingga 58 tahun dipercayai bergerak dari Kuala Lumpur itu ditahan di sekatan jalan raya di Kilometer 17 Genting Highlands semalam . 

“Mereka tidak dapat mengemukakan permit merentas negeri kepada polis yang bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zaiham juga mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk merentas negeri yang masih belum dibenarkan tanpa kelulusan. – SB