Covid-19: Kadar kematian sebenar semalam ialah 107

0
530

JUMLAH sebenar kematian akibat Covid-19 semalam hanya membabitkan 107 pesakit.

Sejumlah 315 kematian daripada 422 kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam semalam merupakan data kes tertunggak, dengan 92 daripadanya adalah kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan (BID).

Data pangkalan maklumat COVIDNOW menunjukkan jumlah kumulatif kematian sejak Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu hingga semalam mencecah 22,009 kes.

Sementara itu, kes kematian, termasuk kes tertunggak di tujuh negeri – Kedah, Sabah, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, dan Perlis – dalam tempoh 24 jam semalam meningkat berbanding sehari sebelumnya.

Kedah merekodkan 79 kes kematian semalam, berbanding 54 kes kelmarin; Sabah (71 semalam, 16 kelmarin); Johor (46 semalam, 38 kelmarin); Pulau Pinang (37 semalam, 23 kelmarin); Pahang (10 semalam, 6 kelmarin); Terengganu (4 semalam, 3 kelmarin); dan Perlis (4 semalam, 0 kelmarin).
Bagaimanapun, jumlah kematian sebenar semalam di Kedah hanya enam kes; Sabah (15 kes); Johor (19 kes); Pulau Pinang (17 kes); Pahang (empat kes); Terengganu (tiga kes); dan Perlis (satu kes).

Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 116 kes kematian semalam, berbanding 255 kes kelmarin. Jumlah kematian sebenar di Selangor semalam hanya 12 kes.

Menurut data COVIDNOW dikendalikan KKM, sehingga semalam sebanyak 225,590 kes masih aktif, dengan seramai 186,773 pesakit sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 25,283 pesakit sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), dan 12,254 pesakit lagi di hospital.
Seramai 642 pesakit yang tidak memerlukan alat bantuan pernafasan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 638 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here