SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah (SPRM) mengambil keterangan seorang pensyarah kanan bergelar Doktor kerana disyaki menyalah guna kuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak dan abang iparnya.
Menurut laporan BH Online, wanita berusia lingkungan 40-an itu yang berkhidmat di sebuah universiti awam (UA) disiasat di Pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Difahamkan, kontrak berkenaan membabitkan projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada 2015 sehingga 2017.
Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai diambil keterangan pada hari sama.
Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi BH Online mengesahkan siasatan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.