Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 19,495 kes baharu, Sarawak kembali tertinggi -

Covid-19: 19,495 kes baharu, Sarawak kembali tertinggi

Sejumlah 19,495 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dijangkiti kini mencecah 2,030,935 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi data yang dikongsi di Facebooknya, memaklumkan sebanyak lapan negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka dengan Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi melaporkan kes iaitu sebanyak 4,709 kes.

Ia disusuli Selangor dengan 2,710 kes, Sabah (2,015), Johor (1,860), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Kedah (1,178) dan Perak (1,174).

Turut melaporkan pertambahan kes hari ini ialah Terengganu iaitu 993 kes, Pahang (766), Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Melaka (190), Perlis (108), Putrajaya (16), manakala hanya Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.