SEMAKIN hari negara semakin hampir mencapai imuniti kelopok 80 peratus yang ditetapkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terkini, data terbaharu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan jumlah pemberian vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga semalam telah melepasi 39.23 juta dos.
Daripada jumlah itu 75.4 peratus atau lebih 17.65 juta penerima dewasa melengkapkan suntikan masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin tunggal.
Data itu juga menunjukkan 92.2 peratus atau lebih 21.64 juta populasi dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan telah melepasi nilai ambang 60 peratus populasi dewasa yang menerima suntikan.
Namun sehingga semalam, lima negeri – Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, dan Sabah – kekal merekodkan antara 51.9 peratus dan 58.8 peratus populasi dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Semalam sahaja, 243,971 dos vaksin diberikan di seluruh negara membabitkan 71,658 penerima dos pertama dan 172,313 penerima melengkapkan dos kedua. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.