Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas meninggal dunia di ruang menunggu kaunter JPJ -

Warga emas meninggal dunia di ruang menunggu kaunter JPJ

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor, pagi tadi.

Polis menerima satu laporan pada jam 10.21 pagi berkenaan seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu jabatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata susulan itu, sebuah ambulans bersama petugas perubatan bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 76 tahun disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

Buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, orang orang yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ariffin ditalian03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – SB