Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tidak wajib ujian Covid-19 untuk ke Langkawi -

Tidak wajib ujian Covid-19 untuk ke Langkawi

PENGUNJUNG yang mahu ke Langkawi tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nancy Shukri.

Pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu akan dibuka kepada pengunjung lengkap divaksinasi dari semua negeri bermula 16 September ini.

Hanya mereka dari kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sahaja dilarang mengunjunginya.

Menurut laporan Bernama, Nancy berkata, kenderaan persendirian tidak dibenarkan mengunjungi Langkawi dan pengunjung digalak menggunakan agensi pelancongan.

Sebelum ini dilaporkan, pengunjung yang bercuti merentas negeri mesti menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

Dua perkhidmatan feri tambahan akan dibuka di Kuala Perlis dan penumpang mesti menunjukkan bukti sudah divaksinasi ketika membeli tiket dan memasuki ruang berlepas.

Apa yang dibenarkan:

  • Harian (perjalanan pergi balik pada hari sama) dan perjalanan bermalam, penginapan ditempah lebih awal, dan pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan berlesen.
  • Pengunjung yang perlu menunggu feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis berdaftar di Kedah atau Perlis.
  • Pengunjung mesti menunjukkan bukti pembelian, seperti tiket penerbangan atau feri, resit hotel atau resit pakej percutian ketika memohon kebenaran polis untuk melakukan perjalanan dan ketika diminta oleh petugas penguatkuasa.

Apa yang dibuka:

Hotel dan inap desa, serta kemudahan seperti surau, kolam renang, gimnasium, ruang santai, dewan, acara perniagaan, pelancongan dan acara budaya, taman tema, tapak budaya dan warisan, sukan dan rekreasi.

Apa yang anda boleh lakukan:

  • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, hiburan pendidikan, taman, ladang, akuarium, zoo dan aktiviti riadah, rekreasi dan sosial lain;
  • Aktiviti minat khusus (bermain golf, selam skuba, berbasikal, memancing, kapal layar, dan lain-lain.);
  • Aktiviti ekopelancongan (memerhati burung, gua, pendakian gunung, berakit, mendaki, trekking di hutan, berkhemah dan sebagainya);
  • Tapak budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat warisan budaya, persembahan kebudayaan dan lain-lain;
  • Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan
  • Lawatan pendidikan seperti Geopark Discovery Centre, galeri seni, jelapang padi.