Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Petani rugi RM163,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud -

Petani rugi RM163,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Oleh MOHD. LAZIM ENDUT

HASRAT seorang petani yang mahu membuat pelaburan berkecai apabila dia kerugian sebanyak RM163,000 setelah terpedaya dengan helah sindiket pelaburan secara dalam talian yang diperkenalkan seorang wanita melalui Facebook.

Kejadian bermula sebaik suspek menghubungi lelaki berusia 25 tahun itu pada hari Sabtu minggu lalu dengan mengatakan ingin berkawan lalu meminta nombor telefon mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof, selepas itu suspek memperkenalkan sebuah laman web lalu mengajar mangsa cara untuk mendaftar untuk meraih keuntungan melalui pelaburan ditawarkan.

Menurut beliau, mangsa kemudian tertarik menyertainya dengan jumlah pelaburan sebanyak RM163,000.

Katanya, mangsa mula membuat pembayaran pada Selasa minggu lalu membabitkan 24 transaksi pemindahan wang ke dua akaun bank atas nama syarikat berbeza.

“Daripada jumlah tersebut, mangsa mendakwa pada awalnya dia hanya menerima sedikit bayaran keuntungan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa mula megesyaki dia ditipu setelah mendapati laman web berkenaan telah ditutup dan akaun e-Wallet atas nama syarikat itu juga turut dibekukan.

Beliau berkata, susulan pembekuan akaun e-Wallet itu, mangsa tidak dapat mengeluarkan semua wang modal pelaburan yang telah dibayar.

“Ekoran itu, semalam mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Cameron Highlands untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujar beliau. – SB