POLITIK
PARA pemerhati politik melihat beberapa tawaran berbentuk kewangan kepada Ahli-ahli Parlimen yang terkandung di dalam senarai 20 cadangan pembaharuan Parlimen yang diutarakan oleh calon jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat daripada UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semala sebagai satu sogokan terbuka supaya mereka mengundi memilih dirinya menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika Dewan bersidang esok.
Para pemerhati politik juga menganggap perbuatan ini sebagai sikap hipokrit parti-parti pembangkang dan Kumpulan 15 UMNO termasuk Setiausaha Agung UMNO itu sendiri kerana kelompok berkenaan sebelum ini melabelkan tawaran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama dahulu bagi menyelamatkan negara sebagai sogokan terbuka manakala tawaran yang serupa daripada Ahmad Maslan tidak pula dianggap begitu.
SEMASA
SAH, sesi persekolahan bersemuka akan bermula 3 Oktober ini mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin, sesi persekolahan 2021 juga akan dilanjutkan sehingga Mac 2022 bagi memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan berikutan pelajar telah lama tidak ke sekolah.
JENAYAH
MENGAKHIRI rangkuman berita hari ini, di Kuantan, gara-gara berpakaian seperti wanita, enam lelaki termasuk lima warga Indonesia bakal bermalam di lokap polis.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Muhammed Rizal Kamarudin, kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 35 tahun berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral sekitar bandar ibu negeri Pahang itu malam tadi. — SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.