Penyanyi kumpulan Samudera meninggal dunia akibat Covid-19

0
296

PENYANYI kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48, meninggal dunia akibat Covid-19, di Hospital Sungai malam tadi.

Ketua kumpulan Samudera, Mohd Azhar Ropei berkata, Norazmi atau mesra disapa Aimi meninggal dunia pada pukul 10.12 malam.

Menurutnya, arwah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang selepas disahkan positif Covid-19.

“Arwah bagaimanapun dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana keadaan kesihatannya semakin merosot setelah paras oksigennya menurun dan arwah terpaksa ditiarapkan.

“Malam tadi saya dapat panggilan daripada ibu arwah yang memaklumkan Aimi sudah meninggal dunia,” katanya hari ini.

Allahyarham Norazmi adalah vokalis kumpulan Samudera menggantikan penyanyi asal, Sarfen Husin atau Ujang yang meninggal dunia, empat tahun lalu dan mereka popular dengan lagu Salam Sejahtera

Mengulas lanjut, Mohd Azhar yang juga pemain dram Samudera berkata, arwah sepatutnya merakamkan single baharu namun terpaksa ditunda selepas disahkan positif wabak itu.

Ujarnya, arwah menyertai Samudera pada 2018 dan merupakan seorang individu yang baik, komited dan tidak pernah mendatangkan masalah kepada ahli kumpulan lain.

“Lagu sudah disiapkan, tunggu hendak memasukkan vokal sahaja namun hendak buat macam mana, Allah lebih menyayangi dirinya. Kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here