Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Aksi panas, pemain serang pengadil -

[VIDEO] Aksi panas, pemain serang pengadil

PERTEMBUNGAN dua pasukan teratas Liga Premier di antara Sarawak United menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam semalam, menjadi kontroversi apabila terdapat insiden pengadil diserang pemain selepas tamat perlawanan.

Pengadil utama, Mohamad Kamil Zakaria menjadi tumpuan pemain dan pegawai pasukan Sarawak United selepas seorang pemain pertahanan pasukan itu tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dan mendakwa dirinya telah disiku oleh Francis Kone ketika jaringan kemenangan pada minit akhir perlawanan.

Sebelum itu, terdapat satu lagi insiden panas pada minit ke-65 apabila penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee diperintah keluar padang ekoran kekasaran yang dilakukan dalam kawasan kotak penalti.

Berdasarkan rakaman video, Sharbinee didapati telah menerjah dada pemain Negeri Sembilan, Mohamad Zamri Ramli ketika sedang melompat untuk menangkap bola di udara.

Kekasaran yang dilakukan oleh penjaga gol berpengalaman itu menyaksikan Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan oleh Kone apabila rembatannya melambung tinggi melepasi palang gol.

Kone juga dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada minit akhir perlawanan kerana membuka baju ketika meraikan gol kemenangan sekaligus terlepas aksi terakhir Liga Premier menentang PDRM.

Keputusan perlawanan itu berakhir dengan menyaksikan Negeri Sembilan FC bimbingan Ketua Jurulatih K. Devan mendahului carta liga dengan mengumpul sebanyak 38 mata. 

Susulan daripada itu, Negeri Sembilan telah memintas kedudukan Sarawak United FC dengan perbezaan satu mata. – SB