Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perkasakan Jawatankuasa Khas Parlimen: Azhar Azizan -

Perkasakan Jawatankuasa Khas Parlimen: Azhar Azizan

Seiring ulang tahun Parlimen ke-62 hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diperkasakan kerana ia mempunyai peranan yang amat penting dalam menjalankan proses semak dan imbang pentadbiran negara.

Beliau berkata, jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.

“Saya mahu membudayakan penggunaan Jawatankuasa Pilihan Khas ini kerana saya amat percaya jawatankuasa ini mempunyai fungsi penting untuk semak dan imbang kerana ia dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang.

“Jawatankuasa ini turut mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, penjawat awam untuk ditanya soalan dan saya rasa inilah proses penambahbaikan yang amat signifikan bagi Parlimen Malaysia,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1, hari ini.

Sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau turut melaksanakan beberapa reformasi Parlimen antaranya memperuntukkan masa yang sama dan adil kepada ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Berhubung pandangan Parlimen perlu berdiri sebagai sebuah badan bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak, beliau berkata institusi itu sememangnya memainkan peranan yang sama seperti badan kehakiman yang bersifat bebas.

“Malah semasa saya menjadi Yang Dipertua, kita tidak pernah disuruh atau diberi arahan oleh pihak eksekutif untuk berbuat atau tidak berbuat sesuatu.

“Ia sememangnya bergantung kepada ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan apa-apa polisi yang dibentangkan di Parlimen secara ilmiah dan tidak beremosi,” katanya. – SB