Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin ucap takziah -

Muhyiddin ucap takziah

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan yang meningggal dunia pagi tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 10.45 pagi.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato’ Mohd Zaman Khan Rahim Khan, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara, mengambil kira sumbangan dan khidmat bakti yang beliau curahkan dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga sepanjang perkhidmatan.

“Semoga seluruh keluarga Allahyarham tabah melalui detik menyedihkan ini.

“Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. – SB