2 pencuri kayu balak kantoi dicekup penguat kuasa

0
293

CUBAAN dua lelaki untuk mencuri dan membawa keluar 77 batang kayu pelbagai spesis dan saiz bernilai RM13,000 di Kampung Pela, Hulu Terengganu terkantoi, apabila tindakan mereka berjaya dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu, Rabu lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu, Roslan Rani, penguat kuasa yang membuat pemantauan pada pukul 5 petang di laluan utama Jerangau-Jabor, terserempak dengan sebuah lori yang membawa muatan kayu bulat pelbagai spesis dan saiz.

Menurut beliau, selepas pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati lori jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun itu membawa pelbagai spesis kayu seperti kayu berpaya, gerongang, jubin, bintangor, terap, pulai dan kelat.

“Hasil pemeriksaan dibuat, mendapati mereka tidak memiliki sebarang pas pemindah atau kebenaran bertulis daripada pihak kami,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Berikutan itu kata Roslan, pihaknya telah menahan pemandu lori berkenaan bersama kelindan berusia 19 tahun.

Selain itu tambah beliau, pihaknya turut merampas lori itu bersama 77 batang kayu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu mengikut peruntukan Seksyen 68 (1) di mana terdapat hasil hutan dalam milikannya atau kawalannya tanpa memiliki pas bagi pemindahan hasil hutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here