Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Signature Market raikan ulang tahun ke-7 -

Signature Market raikan ulang tahun ke-7

SIGNATURE Market, iaitu jenama kesejahteraan FMCG terkenal di Malaysia, meraikan 7 tahun komitmennya dalam usaha memperkukuhkan dan mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat di Asia Tenggara.

Sejak penubuhannya, Signature Market sentiasa berusaha menghasilkan produk semulajadi yang terbaik, dengan harga yang berpatutan sebagai misi utama mereka bagi menggalakkan pengguna menjalani kehidupan yang lebih sihat, gaya hidup yang seimbang, selaras dengan tema perayaan ulang mereka tahun ini #TheCodeOfLove.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Signature Market, John Cheng berkata, Signature Market bukan hanya sekadar syarikat jenama makanan sihat, ia juga merupakan satu platform bagi pasukannya mengembangkan lagi kreativiti mereka di mana setiap buah fikiran mereka diambil kira, dan juga merupakan satu tempat untuk masyarakat mendapatkan pilihan makanan serta gaya hidup lebih sihat pada harga yang berpatutan

“Kejayaan kami didorong oleh sokongan pengguna yang mengalakan yang sentiasa membantu menaikan jenama kami, serta minda progresif ketua pasukan kami yang sentiasa memberikan dorongan dan berusaha untuk menjadikan kami lebih kuat,”katanya.

Bersempena dengan ulang tahun ke-7 Signature Market, jenama ini menganjurkan kempen eksklusif #TheCodeOfLove di laman media sosial mereka yang akan menawarkan pelbagai hadiah menarik yang ditaja oleh rakan rasmi mereka seperti Boost, Nescafé Dolce Gusto, Shiseido, Junandus dan Kuvings. – SB


Pengasas Bersama Signature Market: Edwin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif dan John Cheng, Ketua Pegawai Operasi