Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PGA8 rampas barang seludup RM3.09 juta -

PGA8 rampas barang seludup RM3.09 juta

BATALION Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) mengesan 64 kes penyeludupan dengan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3.09 juta menerusi Op Benteng COVID yang dilaksanakan di sempadan Malaysia-Thailand mulai 16 Ogos lepas hingga semalam.

Pegawai Pemerintah PGA8 Supt Mat Shukor Yusof berkata, 63 lelaki dan dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan itu ditahan menerusi operasi itu, manakala 42 pelbagai jenis kenderaan dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan turut dirampas. 

“Dalam tugasan kali ini, kita dapati ada peningkatan daripada segi aktiviti penyeludupan haiwan ternakan seperti lembu, pelbagai spesies burung, ayam serta anak anjing daripada baka atau spesies yang sukar diperoleh di negara ini.

“Kesemua haiwan itu dipercayai spesies yang jarang ditemui dan bernilai tinggi serta mempunyai peminat tersendiri di negara ini hingga diseludup masuk dari negara jiran,” katanya pada sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penyeludupan haiwan, Mat Shukor berkata terbaharu, pihaknya merampas sembilan anak burung dan 73 ekor baka ayam daripada spesis bernilai tinggi yang dipercayai diseludup, di Pasir Mas, Ahad lepas.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, anak burung yang dirampas itu bernilai RM1,500 seekor manakala ayam pula bernilai RM5,000 seekor.

“Jumlah keseluruhan haiwan yang dirampas adalah sebanyak RM378,500 dan jika dicampur dengan nilai kenderaaan yang dirampas, kesemuanya berjumlah RM458,500,” katanya dengan menambah kesemua haiwan yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Mat Shukor berkata pihaknya turut merampas 13 ekor lembu bersama lori yang dianggarkan bernilai RM271,500 selepas menyerbu sebuah kandang dekat Kampung Mentua, Tumpat, 30 Ogos lepas.

Beliau berkata lembu itu dirampas selepas suspek yang ditahan didapati menggunakan dokumen meragukan dengan alamat kandang kesemua haiwan terbabit didapati tidak sama sepertimana terkandung di dalam dokumen pemindahan haiwan ternakan.

Katanya dokumen kesemua lembu itu dikeluarkan atas satu kandang yang beralamat di Chabang Empat, Tumpat dan bukannya di alamat lokasi lembu ditemukan. – SB