Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Ingin bercuti ke Langkawi, ini SOP yang harus dipatuhi -

[VIDEO] Ingin bercuti ke Langkawi, ini SOP yang harus dipatuhi

Setelah sekian lama kita ‘dikurung’ di dalam rumah berikutan lonjakan kes wabak Covid-19, kini hampir semua sektor ekonomi dan jenis aktiviti pelancongan sudah dan bakal dibuka bagi merancakkan lagi ekonomi negara.

Ini juga termasuk salah sebuah destinasi pelancongan popular negara Pulau Langkawi, yang bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan itu dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan, mulai 16 September ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi.

Berikut adalah SOP untuk bercuti di Langkawi

i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi

ii. Jenis percutian – harian, bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC

iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan – mengikut kapasiti kenderaan

iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi – dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis

v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan – Tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan (semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP)

vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan:

  • Hotel & Inap Desa
  • Produk Tarikan Utama Pelancongan: Aktiviti pantai, sukan air, memancing, taman rekreasi dan lain-lain
  • Minat khas: Golf, berbasikal, memancing, pelayaran
  • Eko Geo Kembara
  • Hasil Seni dan Budaya
  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga
  • Lawatan Akademik

Dalam pada itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi. – SB