Buktikan kesalahan saya, Najib cabar Justo

0
377

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar Xavier Justo, membuktikan dakwaannya bahawa beliau di belakang penyelewengan dana PetroSaudi International.

Dalam tulisan di Facebook, Najib turut bertanyakan beberapa soalan dan mencabar bekas pengarah PetroSaudi itu mendedahkan kandungan emel yang didakwa sebagai bukti bagi mensabitkannya dengan kesalahan itu.

“Terima kasih kerana bimbang berhubung kesihatan mental saya. Dengan gembiranya saya ingin melaporkan, saya berada dalam keadaan baik. Tetapi saya mempunyai beberapa soalan,” kata Najib.

Najib seterusnya mempersoalkan mengapa Justo memerlukan sehingga empat tahun selepas peletakan jawatannya untuk menunjukkan bukti-bukti tersebut, dan mengapa beliau berkata dalam sebuah temu bual Al-Jazera bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau akan membongkar skandal 1MDB jika PetroSaudi membayar beliau beberapa juta Swiss francs.

“Apakah benar anda jumpa dan ugut majikan-majikan anda di Thailand pada 2013?,” soal Najib.

“Jika perkara ini tidak benar dan kesalahan itu tidak berlaku di Thailand, kenapa mahkamah-mahkamah di Bangkok memiliki bidang kuasa supaya anda didakwa dan dihukum selama tiga tahun dalam penjara?

“Dan kenapa anda tidak kecam sistem perundangan Thailand kerana memenjarakan anda tanpa berlandaskan undang-undang atau bahkan merayu sabitan kesalahan anda?” soal Najib.

Berhubung dakwaan Justo tentang penyelewengan duit oleh PetroSaudi, Najib berkata, peguam-peguamnya tidak pernah menemui sebarang bukti, malahan katanya bukti menunjukkan beliau tidak terlibat.

“Saya terkejut anda panggil saya penipu atau gila walaupun memetik link-link media yang telah tersedia di mata awam berbanding penafian-penafian yang dilakukan anda,” katanya merujuk laporan The Edge bertarikh Jun 2018.

Semalam, Justo dalam satu hantaran di media sosial telah membidas Najib, mendakwa bekas perdana menteri itu menulis perkara yang tidak benar mengenai dirinya dan beberapa orang lain.

Beliau memberikan respons terhadap hantaran Najib terdahulu yang mengatakan tidak ada dokumen atau e-mel yang didedahkan oleh Justo tersebut menunjukkan salah laku telah dilakukan oleh beliau berhubung skandal 1MDB.

Bagaimanapun Justo berkata, bukti-bukti tersebut ada di beberapa mahkamah termasuk di Switzerland, Malaysia dan Amerika Syarikat yang boleh menunjukkan Najib bersalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here