Pekerja penyelenggara cedera dihempap tiang antena

0
274

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG pekerja penyelenggaraan cedera selapas dihempap tiang antena di atas sebuah bangunan di Taman Mawar, Ampang, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima laporan pada jam 12.21 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat dihempap antena di atas sebuah bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untung menerima rawatan lanjut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here