
BERITA gembira untuk seluruh warga Lembah Klang, kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran untuk rentas negeri antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perdana menteri ketiga mengumumkan perkara ini melalui catatan Facebooknya berkata kebenaran itu diberikan susulan peralihan Kuala Lumpur dan Putrajaya ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.
“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2,” kata beliau. – SB