Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemulihan pekerjaan, pendapatan diteliti dalam Bajet 2022 -

Pemulihan pekerjaan, pendapatan diteliti dalam Bajet 2022

KERAJAAN akan meneliti pemulihan pekerjaan dan pendapatan secara khusus dalam Bajet 2022, selain mengukuhkan perlindungan sosial melalui bantuan berfokus, dalam usaha untuk membina daya tahan sosio-ekonomi.

Selain itu, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz fokus akan turut diberi kepada. pembaharuan struktur, termasuk kerjasama yang lebih erat dengan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) sebagai rakan pelaksana kerajaan untuk mencapai matlamat yang digariskan.

Beliau yang berkata demikian pada sesi rundingan Bajet 2022 secara maya semalam menambah, penelitian tersebut sejajar dengan aspirasi jangka panjang kerajaan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Kerajaan terus komited untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya rakyat yang masih terjejas oleh krisis Covid-19.

“Kami ingin mendengar bagaimana kami dapat mencapai segmen masyarakat dengan cara yang lebih berkesan, inovatif dan lebih sesuai dengan keperluan khusus masyarakat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sesi dialog berkenaan dianjurkan Yayasan Hasanah, yayasan milik Khazanah Nasional Bhd., diadakan antara Menteri Kewangan dan wakil-wakil CSO serta perusahaan sosial untuk menggariskan cadangan bajet yang utama bagi mengukuhkan pelaksanaan program bantuan sosial. – SB