Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pembantu pegawai perubatan maut, pemandu ambulans parah -

Pembantu pegawai perubatan maut, pemandu ambulans parah

SEORANG pembantu pegawai perubatan maut, manakala pemandu ambulans parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam, Keluang, kira-kira 8 malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali, berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Aidil Hamidun, 27, manakala yang parah dikenali sebagai Othman Ghafan, 50.

Katanya, turut tercedera dalam kemalangan itu dua pesakit wanita yang belum dikenal pasti identitinya selain seorang pesakit lelaki dikenali sebagai Sukiman Hassan, 59, manakala pemandu treler, Mohd Rosli Mohd Zaini, 35, selamat.

“Difahamkan, ambulans berkenaan dalam perjalanan membawa pesakit dari Machap untuk dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi menerima rawatan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran kecil pada bahagian hadapan ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan.

“Ketika PKO tiba di lokasi kejadian, api dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke HEBHK dengan menggunakan ambulans KKM.

“Mangsa yang meninggal diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran akibat kemalangan masih lagi dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.24 malam,” katanya.