Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Lelaki ditemukan maut, berpunca daripada tumbuk pintu masjid -

[VIDEO] Lelaki ditemukan maut, berpunca daripada tumbuk pintu masjid

SEORANG lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan, di rumah sewanya di Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

“Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kakak lelaki itu memberitahu bahawa adiknya yang juga jurutera kimia sebuah syarikat, dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu, sejak kira-kira enam bulan.

Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada kira-kira 7.35 pagi Ahad, dan mayat dirujuk ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri, dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut,” katanya.