ARAB Saudi hari mengumumkab kesediaan menerima lebih ramai jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dengan persediaan perkhidmatan terbaik bagi memudahkan semua urusan jemaah.
Menurut Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr. Saad Muhammad Al-Muhaimidi berkata di Twitter beliau, pihaknya kini mempunyai keupayaan untuk menerima ketibaan sehingga 70,000 jemaah umrah sehari.
Sebelum ini Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan rancangan untuk meningkatkan bilangan jemaah umrah hingga 120,000 setiap hari daripada 60,000.
Pihak berkuasa Arab Saudi juga menyiapkan segala keperluan bagi menyambut ketibaan jemaah mengikut SOP yang ditetapkan.
Penambahan jumlah jemaah itu adalah susulan pelonggaran kekangan dan sekatan akibat pandemik Covid-19 di serata dunia. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.