Kes Covid-19 meningkat kepada 18, 547 hari ini

JUMLAH kes harian Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 18,547 kes berbanding 17,352 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih merekodkan negeri tertinggi kes dua hari berturut-turut iaitu 3,200 dan diikuti dengan Selangor (2,407).

Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri:

Selangor – 2, 407

Kuala Lumpur – 631

Sabah – 2,107

Johor – 2,174

Sarawak – 3,200

Kedah – 1, 487

Pulau Pinang – 1,776

Negeri Sembilan – 229

Kelantan – 1,458

Perak – 1,197

Melaka – 448

Pahang – 742

Terengganu – 645

Labuan – 4

Putrajaya – 22

Perlis – 20