Bayi bertali pusat ditemukan atas rumput

0
254

SEORANG bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas rumput berhampiran rumah kongsi di Presint 3 Taman Ara Sendayan Seremban, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung bayi yang ditinggalkan itu pada 11.52 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu masih mempunyai tali pusat dan uri disyaki baru dilahirkan kurang dari 12 jam.

“Bayi itu kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here