Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
18,702 PPP bakal isi segera kekosongan jawatan guru -

18,702 PPP bakal isi segera kekosongan jawatan guru

KEKOSONGAN jawatan guru di seluruh negara di seluruh negara akan diatasi segera melalui pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) secara maya bagi membincangkan isu berkenaan .

Mesyuarat itu dihadiri pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta SPP.

“Perkara utama yang kami bincangkan adalah mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.

“Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited untuk membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya usaha ini akan dapat melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan, KPM sentiasa komited untuk terus laksanakan yang terbaik.

Status itu kemudiannya menerima banyak maklum balas dengan majoriti daripadanya meminta KPM menyelesaikan isu tertunggak berhubung permohonan perpindahan guru, sebelum guru baharu dibawa masuk melalui.

Selepas mesyuarat itu, Dr. Mohd Radzi menyertai sesi libat urus bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru serta guru besar dan pengetua dari seluruh Negeri Sembilan.  

“Dalam sesi libat urus ini, KPM mendapatkan pandangan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah tentang persekolahan anak-anak di negeri yang telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini adalah penting dalam membantu KPM memuktamadkan pelan komprehensif pembukaan sekolah. Segala saranan dan cadangan yang dilontarkan dalam sesi libat urus ini akan kami teliti dan perhalusi.

“Apa jua yang kami usahakan pastinya demi pendidikan generasi masa depan negara. InsyaAllah,” katanya. – SB