[VIDEO] Rashid Sidek akhirnya merasa pingat emas!

JAGUH badminton negara, Cheah Liek Hou yang melakar sejarah apabila berjaya merangkul pingat emas pertama sukan badminton di pentas Paralimpik Tokyo tempoh hari, berbesar hati mengalungkan pingatnya kepada jurulatih, Datuk Rashid Sidek. 

Menerusi satu wawancara bersama Astro Arena semalam, Liek Hou dilihat menghampiri Rashid sebelum mengalungkan pingat emas bersejarah itu kepadanya.

“Memang kalau tiada dia (Rashid) saya memang tidak akan sampai ke tahap yang begitu bagus,” ujar Liek Hou dalam wawancara tersebut. 

Rashid mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996 setelah menumbangkan juara dunia 1995 dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-11, 15-6. 

Akhirnya, Rashid Sidek dapat merasa pingat emas menerusi anak didiknya, Liek Hou 

Menerusi entri di Intagram Story Liek Hou hari ini, wira-wira negara kini dalam perjalanan pulang ke tanah air setelah berkampung di Tokyo selama 12 hari. 

Terima kasih dan syabas wira-wira negara!