BAGAIKAN mimpi ngeri, seorang ibu terpaksa membayar minuman yang ditempah oleh anaknya menerusi satu aplikasi penghantaran makanan dalam telefon bimbitnya.
Kejadian tersebut tular apabila video yang dikongsi oleh ibu itu yang juga seorang guru dikenali sebagai Cikgu Lala di laman TikTok, menceritakan nasibnya yang perlu membayar hampir RM150 berikutan pesanan yang dibuat oleh anaknya.
Cikgu Lala berkata, pada mulanya dia terkejut apabila datang seorang penghantar makanan yang membawa 17 cawan minuman yang ditempah oleh anaknya yang dikenali sebagai Afi.
Mengulas lanjut, guru tersebut juga menceritakan bahawa Afi yang berumur 7 tahun itu juga merupakan seorang anak autistik.
Video yang tular di aplikasi TikTok tersebut mendapat lebih dari 300,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Afi, serta turut berkongsi pengalaman yang sama dialami mereka.
“Aku pernah kena, tapi nasib baik semua ‘rider’ tu kawan aku,” kata Jotaro Yeager di ruangan komen.
“Sabar jela, anak saya pesan roti canai 10 keping, saya suruh dia makan semua,” ujar NanaLiyana. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.