Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Empat menteri bakal bertemu, teliti kelonggaran SOP menuju fasa endemik -

Empat menteri bakal bertemu, teliti kelonggaran SOP menuju fasa endemik

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan sedang meneliti beberapa kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri dan membuka lebih banyak sektor bagi membolehkan rakyat lebih bebas dalam norma baharu ketika negara menuju ke fasa endemik Covid-19.

Sehubungan itu, Hishamuddin memberitahu beliau akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama tiga menteri Kabinet bagi membincangkan langkah penyesuaian dalam masa terdekat.

“Saya sedang usahakan bersama MKN dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusi Perdana Menteri.

“Saya turut akan libatkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk membuat keputusan bersama,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Bagaimanapun, Hishammuddin juga berkata, kerajaan tetap menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat ketika kelonggaran baharu dilaksanakan kelak.

Khairy sebelum ini berkata, fasa endemik di Malaysia dijangka bermula pada akhir Oktober ini, dengan kadar imuniti kelompok diharap mencapai 80 peratus. – SB