[VIDEO] Abdul Latif seiras Remy Ishak

NAMA jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly kini semakin meniti di bibir peminat apabila mereka mula membandingkannya dengan pelakon popular tanah air, Remy Ishak.

Perubahan ketara fizikal pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo ini menarik perhatian ramai dan peminat mula berkongsi gambar perbandingan ketika Abdul Latif beraksi di temasya di Brazil dan yang terkini di Jepun.

Seorang pengguna Twitter @AinaAthira_ memuat naik gambar perbandingan wajah dan fizikal Abdul Latif ketika sukan Paralimpik Rio 2016 dan gambarnya yang terkini di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Peminat memuji ketampanan atlet dari Perlis ini dan dikatakan mempunyai rupa mirip Remy Ishak.

Perkongsian di ciapan Twitter @AinaAthira_ telah mendapat lebih 15 ribu tanda suka di Twitter dan rata-rata yang memberi komen berkata bahawa perubahan fizikal Abdul Latif dilihat ketara.

Seorang pengguna Twitter, @sleepiboiy memberi komen menyatakan bahawa perubahan Abdul Latif tersebut sangat padu.

“Glow up paduu dah mcm Remy Ishak,” katanya. Abdul Latif menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia, sekaligus melengkapkan sasaran pungutan pingat di Tokyo. Dua lagi pingat emas diraih melalui acara angkat berat dan badminton perseorangan lelaki.

Seorang lagi pengguna Twitter @nawoosome turut membalas komen @sleepiboiy dengan menyatakan bahawa ibunya turut mempunyai pendapat yang sama.

“Ikrrrr. My mom asyik sebut remy ishak remy ishak tadi” katanya di Twitter.

Ada juga yang turut menyamakan Abdul Latif dengan Captain America disebabkan jambang dan misai yang dimilikinya.

“Steve rogers Malaysia” kata seorang pengguna Twitter, @izzudinsaliman.

Seorang lagi pengguna Twitter yang turut memberi komen yang mencuit tentang rupa atlet tersebut yang mirip dengan Remy Ishak.

“Ramai yang kata muka Latif Romly macam Remy Ishak. Bagi aku tak.

Sebenarnya, Remy Ishak yang muka macam Latif Romly.” katanya di Twitter. – SB