ANGKA kes positif seluruh negara pada hari ini menunjukkan penurunan yang banyak dengan 17,352 kes positif dilaporkan hari ini, berbanding 20,396 kes semalam menjadikan kes kumulatif negara kini berjumlah 1,862,187 kes.
Menerusi statistik yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Twitter rasmi mereka, Negeri Selangor merekodkan penurunan yang ketara dengan 2,126 kes berbanding 3,886 kes semalam.
Biarpun Negeri Sarawak turut menunjukkan penurunan, namun negeri berkenaan kini merekodkan angka tertinggi dengan 3,714 kes, diikuti Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), dan Pulau Pinang (1,558).
Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan dengan 1,213 kes hari ini berbanding 1,078 kes semalam manakala Terengganu merekodkan penurunan dengan 700 kes diikuti Pahang (463) serta Negeri Sembilan (193) kes.
Berikut adalah pecahan kes setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,126 (625,179)
WPKL – 398 (176,989)
Sabah – 1,844 (161,265)
Johor – 2,101 (151,459)
Sarawak – 3,714 (134,612)
Kedah – 1,599 (109,067)
Pulau Pinang – 1,558 (96,656)
Negeri Sembilan – 193 (93,042)
Kelantan – 1,213 (85,358)
Perak – 1,082 (74,960)
Melaka – 295 (50,765)
Pahang – 463 (47,365)
Terengganu – 700 (37,683)
WP Labuan – 5 (9,839)
WP Putrajaya – 23 (5,576)
Perlis – 38 (2,372)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.