Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ismail Sabri akan 'diserang' jika elak usul undi percaya: Penganalisis -

Ismail Sabri akan ‘diserang’ jika elak usul undi percaya: Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti berani mengambil risiko berdepan usul undi percaya di Dewan Rakyat sekaligus membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti serta akan memudahkan urusan pentadbiran kerajaan.

Sebarang percubaan Ismail Sabri untuk mengelak usul undi percaya di Dewan Rakyat mungkin mendatangkan kesan buruk hingga beliau diserang dengan hebat, kata dua penganalisis politik.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Awang Azman Pawi dan ahli akademik, Prof Dr. Azmi Hassan menegaskan, Ismail tidak boleh melengahkan pembentangan usul undi percaya berkenaan.

Ini kerana, Awang Azman berkata Yang di-Pertuan Agong telah bertitah secara jelas supaya usul itu dibentangkan bagi membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti.

“Sekiranya Ismail gagal membentangkan undi percaya, dia akan menerima kesan buruk hingga diserang dengan hebat,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang berkata tidak ada keperluan untuk Ismail membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Alasan Idrus ialah, jika keabsahan Ismail sebagai perdana menteri masih perlu diuji oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Agong boleh diatasi oleh pihak lain.

Namun, kenyataan itu mengejutkan Awang Azman kerana kenyataannya yang mengatakan usul undi percaya boleh mengatasi kuasa mutlak Agong.

“Adalah lebih baik untuk tidak membuat kenyataan bertentangan dengan pihak Istana Negara,” katanya yang merujuk kenyataan negara selepas pelantikan Ismail sambil berkata perdana menteri baharu itu perlu berdepan usul terbabit untuk membuktikan sokongan majoritinya.

Awang Azman berkata, Ismail Sabri mungkin menjejaskan ubungan antara Istana Negara dan kerajaan sekiranya beliau tidak akur dengan titah Agong.

“Ini akan mengundang reaksi negatif daripada rakyat serta ahli politik dan ini tidak baik untuk kestabilan politik negara,” katanya.

Ahli akademik Azmi Hassan pula menegaskan, Ismail Sabri harus mengelakkan stigma yang sama dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan berdepan usul undi percaya.

Beliau menasihatkan Ismail supaya tidak menangguhkan pembentangan itu kerana mungkin masih mempunyai sokongan daripada 114 Ahli Parlimen menerusi akuan berkanun (SD) yang dihantar kepada Agong selepas peletakan jawatan Muhyiddin.

Pakar perlembagaan, Bastian Pius Verdagon juga tidak bersetuju dengan Idrus mengenai kuasa budi bicara Agong untuk melantik perdana menteri.

Baginya, , baginda boleh melantik mana-mana Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mungkin boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat.

“Tetapi hanya Dewan Rakyat yang boleh menentukannya secara konklusif dengan membuat undian terhadap usul orang yang mempunyai kepercayaan itu.” – SB