Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Liek Hou sumbang emas kedua negara -

Liek Hou sumbang emas kedua negara

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan Liek Hou adalah pemenang emas sulung acara tersebut memandangkan ini adalah kali pertama badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.

Pemain ranking kedua dunia itu berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam aksi penuh selama 50 minit.

Set pertama menyaksikan juara dunia enam kali itu menewaskan Dheva dalam aksi selama 22 minit.

Like Hou yang mendapat tunjuk ajar daripada legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek terus bangkit pada set kedua, sebelum mengesahkan pingat emas buat negara.

Terdahulu, Liek Hou menempah slot ke final selepas menewaskan pemain dari Taiwan, Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir pagi tadi.

Sementara, Dheva melangkah ke final selepas menundukkan rakan senegaranya, Suryo Nugroho 21-13, 21-15.

Pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).