KUMPULAN muzik pop terkenal yang berasal dari Sweden, ABBA pada Khamis mengumumkan akan melancarkan sebuah album dengan lagu-lagu baharu kepada peminat mereka selepas 40 tahun.
Menurut laporan Xinhua, kumpulan dianggotai oleh Benny Andersson, Björn Ulvaeus, Anni-Frid Lyngstad, and Agnetha Fältskog yang membawa haluan masing-masing pada 1982, telah merakam dua lagu pertama daripada album tersebut yang dikenali sebagai ‘Voyage’ pada 2018.
“Dua lagu rasanya tidak cukup, dan kami berkata ‘kami perlu membuat lebih banyak lagi.’ Setelah melakukannya dan berjalan lancar, kami kemudian berfikir untuk meneruskannya dan merakam keseluruhan album,” kata anggotanya Benny Anderson kepada Sweden Television pada sidang media.
Album ‘Voyage’ dengan 10 lagu itu dijangka dilancarkan pada 5 November.
Dari 1972-1982, Abba menjadi antara kumpulan muzik paling berjaya dalam sejarah pop dengan hampir 400 juta rekod terjual, menurut televisyen di Sweden.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.