Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ridzuan Puzi mara final 100m T36 -

Ridzuan Puzi mara final 100m T36

ATLET olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengesahkan tempat pada final acara 100m T36 di temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, esok.

Ridzuan atau dikenali dengan panggilan mesranya ‘Dek Wan’ mara selepas mengungguli saringan kedua dengan catatan 12.06 saat (s) dalam saingan di Stadium Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Ridzuan meneruskan perjuangan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya ketika Sukan Paralimpik di Rio 2016. Peringkat akhir dijadual berlangsung esok jam 9.38 pagi waktu Malaysia.

Ridzuan mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik menerusi acara 100m T36 lelaki pada temasya di Rio 2016.