Melaka beralih ke Fasa 2, Negeri Sembilan ke Fasa 3

MESYUARAT Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini memutuskan, dua negeri akan diberikan peralihan Fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing akan beralih ke Fasa 2 dan 3 bermula 4 September ini.

“Berdasarkan keputusan Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, saya ingin memaklumkan peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri-negeri berikut.

“Melaka beralih kepada Fasa 2 dan Negeri Sembilan beralih kepada Fasa 3,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – SB