MAYAT seorang lelaki yang hanyut dibawa arus ketika mandi bersama lima rakan di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah di Terengganu, pada Selasa lepas, ditemukan tersangkut di sebuah tongkang penyedut pasir pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, mayat Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, ditemukan pada pukul 8.15 pagi tadi oleh petugas yang sedang menjalankan kerja-kerja menyedut pasir pada jarak 3.3 kilometer, lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian Selasa lepas, Ahmad Firdaus Afiq dilaporkan lemas ketika mandi bersama lima rakannya.
Seorang daripada rakan mangsa Mohd Zulfadhli Mohd Hasmadi, 21, juga nyaris lemas kerana mengalami kekejangan kaki namun sempat diselamatkan orang awam namun, Ahmad Firdaus yang ketika itu dalam keadaan ‘tenggelam timbul’ gagal diselamatkan – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.