Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Langkawi dibuka kepada pelancong tempatan bermula 16 September -

Langkawi dibuka kepada pelancong tempatan bermula 16 September

KERAJAAN bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya dalam kenyataan selepas Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, hari ini

Beliau turut berkata, sidang khas tersebut turut memutuskan Melaka beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Negeri Sembilan beralih kepada Fasa 3.

“Peralihan ini akan bermula pada Sabtu ini,” katanya.

Tambah beliau, kadar kebolehjangkitan (R-naught) di seluruh negara kembali berada pada paras bawah 1.0. – SB